Saturday, January 31, 2009

CORETAN PERJUANGAN YANG PERLU DIRENUNG..


Wahai saudaraku kaum muslimin dan seluruh bangsa di Negara ini..Ketahuilah ! kita hari ini hanya mempunyai 1 musuh yang nyata iaitu bangsa Yahudi Zionis Israel, segala musibah penindasan, kezaliman, kerosakan material dan moral di atas muka bumi ini berpaksi kepada mereka dengan dokongan sekutu-sekutunya golongan munafiqin..Maka dalam kita ingin berhadapan dengan mereka hari ini, mungkin setiap diantara kita mempunyai pendekatan dan pandangan masing-masing, yang mungkin sama dan berbeza. Namunpernahkah kita terfikir bahawa soal berhadapan dengan musuh keji ini tidak akan mampu dilakukan jika kita TERSILAP LANGKAH DAN PENDEKATAN. Method yang tidak tepatsebenarnya bukan sahaja tidak akan berhasil menghentikan kekejaman dan kefasadan mereka bahkan akan MENJERAT DIRI KITA SENDIRI kerana kesilapan langkah yang kita ambil.Isu Palestin dan Masjidil Aqsa adalah isu puluhan tahun sebelum ada lagi gerakan-gerakan kebangkitan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hizbullah di Lubnan dan ledakanrevolusi Islam penuh berkah di Iran pada tahun 1979. Namun dikeranakan pendekatan kita silap selama ini ketika berhadapan dengan mereka mengakibatkan kita gagal selama ini bahkanMENGUNTUNGKAN MEREKA.Disini saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kepada kalian semua tentang apa yang harus kita lakukan dan sikap yang perlu diambil ketika ingin berhadapan dengan Zionis keji. Sudahtentu kita perlu sedar bahawa kita hanya manusia tidak lebih dari itu..Maka ketika ada PESAN DARI LANGIT dan PENJELASAN ILAHI tentang bagaimana kita harus ‘deal’ dengangolongan keji ini, maka inilah PILIHAN YANG TERBAIK DARI KITA SEBAGAI GOLONGAN YANG PERCAYA PADA AGAMA DAN KEAGUNGAN TUHAN utk kita ambil..Allah swt sang pencipta seluruh manusia pernah berpesan didalam kalam sucinya Al-Quran yang mafhumnya :“ …dan golongan Yahudi serta Nasara tidak akan pernah selama-lamanya redha (menerima) kalian sehingga kalian tunduk dan ikut pada cara dan ideologi mereka “Pesan ilahi ini adalah kalam siyasi (bicara politik). Mungkin kita perlu sering menatapAl-Quran dan banyak menemukan ayat-ayat Allah yang berbicara tenyang golongan Bani Israel, Ahlul Kitab dan Yahudi. Ketika kita perhatikan ayat ini kenapa kita katakan sebagai ayatsiyasah? Ini kerana ketika Allah berbicara dalam ayatnya tentang khitabnya (ucapan) pada Ahlul Kitab (penganut agama samawi seperti agama Yahudi dan Kristian) Allah menjelaskankepada kita akan sebuah penganjuran untuk berdialog dengan mereka sekalipun mereka adalah penganut agama Yahudi! Namun di dalam ayat ini Allah tidak menyatakan dengan kalimatAhlul Kitab tetapi Yahudi sedangkan kita tahu yang dari segi bangsa antara Ahlul Kitab dan Yahudi adalah sama. Tetapi Allah membezakan dalam ayat ini, Kenapa ? Ini kerana Allah inginjelaskan pada kita sebenarnya DALAM GOLONGAN BANGSA INI ADA YANG BERPEGANG PADA AGAMA MEREKA (PERCAYA AGAMA) DAN ADA YANG ANTI AGAMA(ANTI FITRAH), yang percaya agama dari golongan ini dipanggil Ahlul Kitab dan yang tidak anti agama disebut dengan istilah ‘YAHUDI’. Kerana itu dalam dunia hari ini kita lihat hattapenganut2 agama Yahudi sendiri sebagai Ahlul Kitab mereka sendiri memprotes tindakan kelompok tertentu dalam bangsa mereka. Nah maka kini kita faham bahawa Allah swt inginmenjelaskan kepada kita bahawa dalam bangsa Bani Israel ini ada 1 kelompok yang di sebut hari ini sebagai kelompok ZIONIS YAHUDI adalah mereka yang disebut oleh Allah itu. Keranamana mungkin dalam 1 masa Allah perintahkan kita bertoleransi dengan dialog dengan Ahlul Kitab dari bangsa ini tapi dalam satu masa Allah katakan ada dari bangsa ini juga yangselama-lamanya tidak akan redha pada kalian..Begitu juga dalam ayat ini ketika Allah menyebut akan pegangan mereka, Allah gunakan kalimat ‘Millh’ bukan ‘Deen’ (agama). Maka jelas mereka ini punya ideologi dan cara tersendiriyang luar dari norma-norma agama Yahudi sendiri. Kerana ini mungkin kita pernah dengar tentang ‘KONSPIRASI ZIONIS’ yang ingin menjadikan seluruh bangsa2 dunia adalah HAMBAKEPADA MEREKA YANG BOLEH DIPERLAKUKAN SESUKA HATI..Benar mereka adalah golongan yang disebut dalam Al-Quran sebagai golongan terkutuk dan sesat terus didalamsurah Al-Fatihah (al-maghdhub alihim wala adhdallin).Maka kita belajar dari tuhan...bahawa kita faham bahawa, kita diinginkan oleh-Nya hanya satu iaitu PERJUANGAN BERTERUSAN TANPA HENTI, JIHAD DITUJUKAN PADAMEREKA’, MAKA TIADA ISTILAH ‘DAMAI’ ‘PERBINCANGAN’ DAN HIDUP BERSAMA DENGAN MEREKA GOLONGAN ZIONIS INI...1 kalam sahaja untuk mereka, kalam ini kalamkeramat kita semua iaitu ‘ZIONIS ISRAEL AKAN LENYAP DARI PETA MUKA BUMI’ DENGAN IZIN ALLAH DGN PERJUANGAN ORANG-ORANG YANG CINTAKANKEMERDEKAAN DI HADAPAN ZAT YANG MAHA AGUNG !TERUSKAN , TERUSKAN, TERUSKAN PERJUANG KALIAN TANPA HENTI PADA ZIONIS ISRAEL DALAM APA BIDANG SEKALIPUN ! BOIKOT ADALAH WAJIB !PENJELASAN AKAN KONSPIRASI JAHAT MEREKA JUGA WAJIB !BANTUAN ALLAH PASTI AKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG KOMITED DALAM PERJUANGAN DI JALANNYA..INSYAALLAH, ZIONIS AKAN LENYAP DARIMUKA BUMI DI TANGAN-TANGAN HAMBA-HAMBANYA KERANA INI JANJI ALLAH SWT.Salam sejahtera kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan orang-orang yang mengikuti jalan kebenaran.
Sumbangan : www.sahabatpalestine.blogspot.com

Monday, January 26, 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN (Sebuah Alegori realiti)


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak -anak muridnya.Sambil dia duduk menghadap anak - anak muridnya. Di tangan kirinya terdapat kapur,manakala di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, " Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur,di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul saat tangannya diangkat. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin pantas. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lama kelamaan, mereka menjadi biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid,begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan berbagai cara untuk mengubah sesuatu,perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana kesungguhan misi mereka yang diusahakan secara terus menerus dengan pelbagai cara oleh pihak musuh, lambat laun kita akan terbiasa dengan kerana hal itu, akhirnya kita mula mengikutinya.Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah Islam dari masa ke semasa. 'Keluar secara berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi menjadi persoalan, pakaian yang mendedahkan aurat menjadi hal yang lumrah. Tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan gaya hidup masakini, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan dan melalaikan yang wajib adalah biasa, Materialistik kini menjadi suatu anutan atau pegangan dan banyak lagi hal-hal lain, hinggakan kita mencampur adukkan semua sekali dan menjadikan ianya sebagai akidah.' 'Semuanya sudah terbalik.. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa merasakan ianya satu kesalahan, melanggar fitrah dan kemaksiatan.Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.. 'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskan ...... 'Saya ada sebuah Al Qur'an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda semua berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil AlQur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya memikirkan jalan penyelesaian , ada yang mencuba dengan menggunakan kayu penyapu, ada yang memanjat kerusi sambil mencuba untuk mencapai dan banyak lagi. Hingga semuanya gagal dan buntu.
Akhirnya sang guru menyelesaikan permainan tersebut dengan mudah, digulungkan karpet itu dan mengambil Al Quran tersebut. Ianya memenuhi syarat iaitu tanpa memijak karpet.

..Kemudian guru itu berkata :
Begitulah ummat Islam dan musuhnya
Musuh Islam tidak akan merosakkan dan memijak anda secara terang-terangan


Jika tidak tentu anda akan mempertahankan atau melindungi diri anda.
Ummat Islam tidak akan merelakan dan membiarkan Islam
Dihina dihadapan mereka.
.
Tetapi musuh secara beransur-ansur,perlahan merosakkan akidah dan pegangan kita sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kukuh maka
Akan dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin memusnahkan rumah tentu sukar sekiranya dimulai dengan tapaknya dahulu,
tentu sahaja perabot dan segala peralatan dikeluarkan dahulu, kemudian barulah rumah dihancurkan'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita,ia tidak akan
merosakkan dan menghancurkan kita
terang-terangan, tapi ia akan dengan
perlahan-lahan merosakkan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran)..Dan inilah yang sedang dilakukan musuh musuh kita... '
'Kenapa mereka tidak berani terang-terang menghancur dan merosakkan kita? Tanya murid
-murid..'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terangan menyerang
Islam, misalnya dalam perang Salib, penjajahan baik secara nyata mahupun idealogi dan sosiologi keatas negara-negara Islam dan banyak lagi..
Begitulah ummat Islam..
Kalau diserang perlahan-lahan,mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini,dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...' UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT,DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA PERBAIKI DAN MENYERU UMMAT BERSAMA
SAMA.USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITADI NEGARA LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA
MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN
YANG ISLAM ALAMI………………………………
MARILAH KITA BERSATU…..

Saturday, January 24, 2009

PALESTIN : ”Hati Bersama Mu tetapi keupayaan dan jiwa menentangmu”



Yang sedang berlaku di seantaro dunia sekarang ini, masyarakat dunia yang prihatin sedang dan masih melakukan demonstrasi menentang tindakan ketenteraan rejim Zionis keatas Gaza, jelas dipaparkan di media-media massa dan dada akhbar. Sudah berhari-hari di akhbar mahupun kaca televisyen,malah di internet juga turut memaparkan isu ketenteraan keatas ummat Islam Gaza sebagai tajuk utama. Tatkala demonstrasi yang dilakukan berlangsung ada pihak-pihak yang mengomentari tindakan masyarakat dunia,ada yang mengatakan itu tindakan sia-sia,tak kurang juga yang mengatakan masyarakat dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Ada pula yang mengkritik pemimpin-pemimpin dunia khususnya negara arab, hinggakan ada pihak yang menawarkan diri dengan menggelarkan diri mereka sebagai “pejuang berani mati” untuk kesana sebagai bentuk bantuan dan pembelaan. Namun semua kata-kata itu sekadar permainan bibir.Kelihatan dari gambar mahupun video yang dimainkan yang memaparkan keadaan penduduk Palestin di Gaza, penderitaan dan kesulitan menghantui mereka.Rumah-rumah yang sebelumnya berdiri teguh kini runtuh berselerak bagai ditimpa bencana alam, anak-anak kecil Palestin yang sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain kini menghuni hospital-hospital dan rumah mayat. Ibu-ibu yang sepatutnya menyediakan keperluan keluarga dan rumah tangga kini cuma mampu menjerit dan menguruskan jenazah keluarga yang tercinta. Orang-orang tua yang sepatutnya menikmati hari tua mereka kini bergelimang dengan peluru dan runtuhan yang meragut jiwa. Semua yang berlaku ini amat memilukan,walaupun masyarakat dunia berbeza ideologi dan agama tetapi dari sudut kemanusiaan, apa yang berlaku tidak dilakukan oleh manusia melainkan pemburu nyawa yang berhati buas dan hauskan darah iaitu Rejim Zionis. Apakah cukup dengan mengutuk tindakan Israel atau sekadar mengikut naluri insan dengan harus berkata dan mengakui “…kami juga merasakan penderitaan mu rakyat Palestin…”. Semua tindakan yang dilakukan mungkin wajar tapi persoalannya apakah cukup hanya dengan bertindak sedemikian?Boleh dikatakan bahawa isu Palestin sebenarnya sekadar sejarah,yang mana hari ini dikenang besok lusa dilupakan dan pasti hal ini akan berterusan.Mereka yang prihatin giat mengumpulkan dana dan bantuan kemanusiaan demi membantu masyarakat Palestin, persoalannya adakah kita turut serta? Derma yang kita hulurkan, keperluan harian seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan yang kita berikan adakah ianya berfungsi untuk rakyat Palestin? Hakikatnya bantuan yang kita berikan seiring dengan beban dan penderitaan yang mereka lalui. Manakan tidak,tatkala kita menghulurkan bantuan kewangan buat mereka dengan nilai yang tidak seberapa tapi ikhlas, kita juga menggunakan produk yang menjana ekonomi Israel yang digunakan untuk membantai rakyat Palestin.Barang kegunaan harian yang kita gunakan seperti produk kebersihan, restoran makanan segera, kedai kopi moden yang menjadi tempat lepak remaja kini semuanya produk kelahiran Israel dan Zionis.Sebagai jawapannya barangkali dikatakan “ susah nak elak pasal barang mereka baik dan mudah diperoleh tambahan barang mereka banyak pilihan,sebuah alasan mudah yang hipokrit daripada berkorban untuk Palestin.Inilah realiti sebenar yang sering berlaku tanpa kita sedari, dan secara lumrahnya tidak akan kita sedari melainkan kita benar-benar menjauhkan diri daripada terlibat sebagai pembantu kejayaan rejim Zionis.Itulah bukti yang hati kita bersama Palestin namun keupayaan dan jiwa bertindak sebaliknya. Biar pun banyak tulisan dan karya orang-orang yang benar komited dalam membela Palestin namun tulisan tersebut tak ubah seperti cerita kosong yang tak akan diendahkan. Semakin hari korban mangsa kerakusan Zionis semakin meningkat,dan orang ramai masih tak berbuat apa. Seperti istilah yang sering kita dengar “Islam pd ic”(Islam pada nama), padahal anak-anak orang Islam di Negara ini rata-rata semuanya tahu akan persaudaraan sesama Islam. Tindakan protes masyarakat antarabangsa diremehkan,di persalahkan kerana kononnya ekstrim dan mengganggu ketenteraman awam. Tapi tindakan Zionis sejak bertahun-tahun lamanya dibenarkan atas alasan melindungi Negara dan rakyat Israel oleh Amerika dan sekutu-sekutu yang tidak mengiktiraf Palestin, tidak pula dilabelkan ekstrim dan mencabul keamanan. Hanya tinggal sedikit kekuatan yang komited dan bersungguh-sungguh dalam membela dan membantu Palestin. Iran dan Pergerakan Islam Hizbullah yang benar-benar bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela Palestin.Itupun tidak dipandang dan diperlekehkan segelintir masyarakat disebabkan perbezaan mazhab dan taksub kepada perbezaan bangsa.Dunia semakin jauh meninggalkan kita,persiapan untuk hari yang mendatang tak dihiraukan. Kalaulah tulisan yang tidak memiliki nilai apa-apa ini berjaya menyedarkan hati dan akal yang dibius doktrin dan propaganda barat, pasti tidak berlaku penindasan dan kezaliman keatas Palestin. Tapi apakan daya, seorang yang alim dizamannya pernah memberikan sebuah kata-kata yang tersirat erti perpaduan yang mana katanya “ Sekiranya semua muslim di dunia ini menyimbah sebaldi air ke tanah Israel” pasti tenggelam dan Palestin akan kembali menjadi milik Islam. Tahniah Iran, kami menghargaimu Hizbullah,kami bersamamu pembela-pembela Palestin Hamas, Jihad Islam dan Briged Al-Aqsa kami teguh dengan perjuanganmu, hingga Al-Quds kembali menjadi milik muslimin sedunia, Amin.
Salam sejahtera buat rumah-rumah rakyat Palestin yang dimusnahakan dan menjadi bukti kezaliman,
Salam sejahtera buat Negara subur yang digersangkan dan menjadi medan pertempuran,
Salam sejahtera buat para yatim dan janda kebingungan yang kemudiannya bangkit berjuang,
Salam sejahtera buat para Syuhada yang hidup disisi Tuhan mereka dan diberi rezeki,
Salam sejahtera buat mangsa kezaliman yang terluka dan pasti disembuhkan,
Salam sejahtera buat peristiwa yang menghidupkan jiwa-jiwa dan akal yang mati,
Salam sejahtera dari kami yang menanti janji Allah yang pasti.

Saturday, January 17, 2009

SURAT RASMI DR. AHMADENAJAD KEPADA RAJA SAUDI

SURAT DR. AHMADENAJAD (DARI PEJABAT RASMI)


Bismillahirrahirrah manirrahim

Kepada: YM Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, Raja Saudi Arabia


Assalamualaikum wr wb.


Sebagaimana Anda ketahui sudah 19 hari, baik siang maupun malam rakyat tak berdosa Gaza berada di bawah serangan dahsyat dan ganas zionisme Israel yang tak berbudaya, baik dari darat, laut dan udara sementara mereka telah berada dalam sekatan sempurna dari semua arah. Tentulah mereka menghadapi hari-hari yang paling sulit dan menyedihkan. Anak-anak kecil dan wanita serta orang-orang tua lanjut usia dihadapkan pada tindakan genosida di rumah dan tanah air mereka sendiri yang pasti setiap orang yang berhati bebas akan hancur dan berteriak-teriak menangis.


Kekuatan pembohong yang mendakwa demokrasi dan HAM telah mempersenjatai zionisme Israel hingga gigi-gigi mereka. Rezim yang dilahirkan secara haram dan hanya untuk kejahatan, agresi serta penjajahan. Kali ini pun mereka membantu, menyiapkan segala kemudahan dan waktu yang cukup untuk para pembunuh berhati gelap bagi melampiaskan segala keinginannya.

Memang kita tidak berharap dari mereka. Namun yang menyedihkan adalah sebagian Negara Arab dan Islam di Kawasan dengan berbagai motivasi dan dalih mampu menahan diri, menampilkan wajah senyum dan restu atau diam seribu bahasa atas pembantaian satu generasi yang tak ada bandingannya ini. Bahkan lebih dari itu turut melindungi tindakan mereka dan berharap dari rakyat pejuang yang heroik dan tanpa pembela itu menerima kehinaan hidup di bawah penjajahan yang Tuhan pun tidak pernah merelai hal itu.


Dengan karunia Allah serta berkat keimanan rakyat Gaza yang kuat dan kokoh, maka tidak ada lain yang akan diperoleh oleh zionisme Israel selain kegagalan dan kekalahan dan pada akhirnya kepunahan mereka.


Semua mengerti, bahwa rezim ini tidak memiliki masa depan yang cerah. Apa yang mereka lakukan saat ini adalah tanda-tanda keputusasaan mereka untuk tetap eksis di Kawasan. Sementara semua bangsa dan para penyeru kebebasan dunia bangkit dan meneriakkan kutukan untuk rezim penjajah dan pelaku berbagai kejahatan dan kejahatan di Gaza serta dukungan untuk rakyat tertindas Palestina semakin membumbung tinggi ke langit.


Yang diharapkan dari Anda YM sebagai Raja Saudi Arabia dan Pengemban dua tempat suci Mesjidil Haram, Kiblat kaum muslimin serta pusara suci Rasulullah saw, untuk memecah kebisuan dan secepatnya mengambil sikap yang tegas atas pembantaian anak-anak Anda dan tubuh kaum muslimin.


Kami berharap sikap tegas Anda YM adalah harapan yang dapat kita nanti-nantikan untuk menggagalkan upaya pemecah belahan kaum muslimin dan menjadikan mereka putusa asa.


Sumber http://www.islammuhammadi.com/

Friday, January 16, 2009

PEMIMPIN UMMAT ISLAM: WAJIB BOIKOT PRODUK ISRAEL

Pemimpin Besar Revolusi Islam Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei dalam jawaPan beliau atas permintaan fatwa (istifta) soal impot produk-produk ReJim Zionis Israel dan pengiklanannya menjawab, "Wajib meninggalkan segala bentuk muamalah yang menguntungkan rejim penjajah Israel". Beliau menjelaskan, "impot dan iklan produk-produk Rejim Zionis Israel tidak diperbolehkan kepada setiap muslim kerana bahayanya kepada Islam dan umat Islam".

Sayyid Ali Khamenei juga menegaskan agar umat Islam tidak mengimpot produk-produk yang pembuatannya dan penjualannya menguntungkan Zionis Israel dan menambahkan, "Setiap muslim wajib tidak membeli dan memanfaatkan produk-produk yang manfaatnya kembali pada Zionis Israel".

Begitu juga mengenai agensi-agensi pelancongan di negara-negara Islam yang mempunyai program tour ke Negara haram Rejim Zionis Israel, Pemimpin Islam mengharamkannya kerana bahayanya terhadap Islam dan umat Islam. Sayyid Ali Khamenei juga mengharamkan setiap muslim yang melakukan perbuatan melanggar boikot umat Islam terhadap Zionis Israel.

Pemimpin Besar Revolusi Islam mengharamkan pembelian produk-produk dari perusahaaan-perusahaaan Yahudi, Amerika atau Kanada bila itu menyebabkan semakin kuatnya Zionis Israel atau akan dimanfaatkan untuk memusuhi Islam dan umat Islam.

Sekaitan dengan jual beli produk-produk Amerika dan seluruh negara-negara Barat Ayatullah Sayyid Ali Khamenei menjelaskan, "Bila pembelian produk-produk impot dari negara-negara bukan Islam dan manfaatnya mengakibatkan pada semakin kuatnya negara-negara penjajah, para musuh Islam atau memperkuat kekuatan kewangan mereka untuk menyerang tempat-tempat Islam atau muslimin di seluruh dunia, wajib hukumnya bagi umat Islam untuk tidak membeli dan memanfaatkannya. Hukum ini tidak khusus bagi rakyat Iran yang muslim sahaja".


sumber IRIB

Saturday, January 3, 2009

KHUTBAH JUMAAT SOKONG PERJUANGAN PALESTIN

Utusan Malaysia -3 Jan 2008- KUALA LUMPUR. Umat Islam digesa menyokong perjuangan Palestin dengan melaksanakan beberapa langkah termasuk memboikot semua barangan keluaran syarikat berkaitan Yahudi sebagai tindak balas atas kekejaman Israel terhadap Palestin.

Gesaan itu yang terkandung dalam khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan diedarkan di masjid seluruh negara hari ini turut menasihati umat Islam agar tidak bergantung bantuan daripada orang bukan Islam.

Khutbah tersebut yang disiarkan menerusi laman web www.islam.gov.my turut meminta umat Islam membuang sikap tidak peduli tentang persoalan akidah, ibadat, syariat dan akhlak yang akhirnya menjerumuskan mereka di bawah telunjuk Yahudi dan pakatan mereka.

"Pemimpin dunia Islam perlu berani memberikan sokongan kepada Hamas dan Hizbullah yang kini berjuang untuk mempertahankan Islam dan tanah air mereka,'' ujar khutbah itu.

Dalam hubungan ini, tegasnya, amat penting bagi umat Islam menjiwai dan sensitif terhadap sebarang bentuk pencabulan harta, nyawa dan maruah Islam selain bersedia menghulurkan derma mengikut kemampuan.

Khutbah tersebut meminta masyarakat supaya menyedari hakikat bahawa Palestin merupakan tempat lahir dan tempat tinggal sebahagian besar para Rasul dan Nabi menyebarkan ajaran Islam selain kawasan terletaknya Masjid al-Aqsa.

Malah menurut khutbah tersebut, bangsa Yahudi hanya memerintah bumi Palestin selama empat kurun sahaja bermula zaman Nabi Daud, diikuti Nabi Sulaiman dan dijajah pula oleh bangsa Parsi dan Rom selepas itu.

"Sejak Yahudi menduduki Palestin pada tahun 1948 hingga kini, dianggarkan seramai 282,700 orang rakyat Palestin telah terkorban kerana mempertahankannya.

"Serangan terbaru rejim zionis Israel ke atas Palestin dalam beberapa hari ini menyebabkan kira-kira 400 orang Palestin lagi maut,'' ujar khutbah itu.

Sementara itu, di Masjid Negara pula, kira-kira 150 penyokong Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul bagi membantah tindakan Israel.

Perhimpunan yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md. Akin itu selesai dengan aman.

Perhimpunan selama setengah jam selepas solat Jumaat itu turut diawasi kira-kira 15 anggota polis.