Monday, January 26, 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN (Sebuah Alegori realiti)


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak -anak muridnya.Sambil dia duduk menghadap anak - anak muridnya. Di tangan kirinya terdapat kapur,manakala di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, " Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur,di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul saat tangannya diangkat. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin pantas. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lama kelamaan, mereka menjadi biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid,begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan berbagai cara untuk mengubah sesuatu,perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana kesungguhan misi mereka yang diusahakan secara terus menerus dengan pelbagai cara oleh pihak musuh, lambat laun kita akan terbiasa dengan kerana hal itu, akhirnya kita mula mengikutinya.Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah Islam dari masa ke semasa. 'Keluar secara berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi menjadi persoalan, pakaian yang mendedahkan aurat menjadi hal yang lumrah. Tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan gaya hidup masakini, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan dan melalaikan yang wajib adalah biasa, Materialistik kini menjadi suatu anutan atau pegangan dan banyak lagi hal-hal lain, hinggakan kita mencampur adukkan semua sekali dan menjadikan ianya sebagai akidah.' 'Semuanya sudah terbalik.. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa merasakan ianya satu kesalahan, melanggar fitrah dan kemaksiatan.Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.. 'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskan ...... 'Saya ada sebuah Al Qur'an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda semua berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil AlQur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya memikirkan jalan penyelesaian , ada yang mencuba dengan menggunakan kayu penyapu, ada yang memanjat kerusi sambil mencuba untuk mencapai dan banyak lagi. Hingga semuanya gagal dan buntu.
Akhirnya sang guru menyelesaikan permainan tersebut dengan mudah, digulungkan karpet itu dan mengambil Al Quran tersebut. Ianya memenuhi syarat iaitu tanpa memijak karpet.

..Kemudian guru itu berkata :
Begitulah ummat Islam dan musuhnya
Musuh Islam tidak akan merosakkan dan memijak anda secara terang-terangan


Jika tidak tentu anda akan mempertahankan atau melindungi diri anda.
Ummat Islam tidak akan merelakan dan membiarkan Islam
Dihina dihadapan mereka.
.
Tetapi musuh secara beransur-ansur,perlahan merosakkan akidah dan pegangan kita sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kukuh maka
Akan dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin memusnahkan rumah tentu sukar sekiranya dimulai dengan tapaknya dahulu,
tentu sahaja perabot dan segala peralatan dikeluarkan dahulu, kemudian barulah rumah dihancurkan'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita,ia tidak akan
merosakkan dan menghancurkan kita
terang-terangan, tapi ia akan dengan
perlahan-lahan merosakkan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran)..Dan inilah yang sedang dilakukan musuh musuh kita... '
'Kenapa mereka tidak berani terang-terang menghancur dan merosakkan kita? Tanya murid
-murid..'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terangan menyerang
Islam, misalnya dalam perang Salib, penjajahan baik secara nyata mahupun idealogi dan sosiologi keatas negara-negara Islam dan banyak lagi..
Begitulah ummat Islam..
Kalau diserang perlahan-lahan,mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini,dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...' UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT,DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA PERBAIKI DAN MENYERU UMMAT BERSAMA
SAMA.USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITADI NEGARA LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA
MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN
YANG ISLAM ALAMI………………………………
MARILAH KITA BERSATU…..

No comments: