Saturday, January 24, 2009

PALESTIN : ”Hati Bersama Mu tetapi keupayaan dan jiwa menentangmu”



Yang sedang berlaku di seantaro dunia sekarang ini, masyarakat dunia yang prihatin sedang dan masih melakukan demonstrasi menentang tindakan ketenteraan rejim Zionis keatas Gaza, jelas dipaparkan di media-media massa dan dada akhbar. Sudah berhari-hari di akhbar mahupun kaca televisyen,malah di internet juga turut memaparkan isu ketenteraan keatas ummat Islam Gaza sebagai tajuk utama. Tatkala demonstrasi yang dilakukan berlangsung ada pihak-pihak yang mengomentari tindakan masyarakat dunia,ada yang mengatakan itu tindakan sia-sia,tak kurang juga yang mengatakan masyarakat dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Ada pula yang mengkritik pemimpin-pemimpin dunia khususnya negara arab, hinggakan ada pihak yang menawarkan diri dengan menggelarkan diri mereka sebagai “pejuang berani mati” untuk kesana sebagai bentuk bantuan dan pembelaan. Namun semua kata-kata itu sekadar permainan bibir.Kelihatan dari gambar mahupun video yang dimainkan yang memaparkan keadaan penduduk Palestin di Gaza, penderitaan dan kesulitan menghantui mereka.Rumah-rumah yang sebelumnya berdiri teguh kini runtuh berselerak bagai ditimpa bencana alam, anak-anak kecil Palestin yang sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain kini menghuni hospital-hospital dan rumah mayat. Ibu-ibu yang sepatutnya menyediakan keperluan keluarga dan rumah tangga kini cuma mampu menjerit dan menguruskan jenazah keluarga yang tercinta. Orang-orang tua yang sepatutnya menikmati hari tua mereka kini bergelimang dengan peluru dan runtuhan yang meragut jiwa. Semua yang berlaku ini amat memilukan,walaupun masyarakat dunia berbeza ideologi dan agama tetapi dari sudut kemanusiaan, apa yang berlaku tidak dilakukan oleh manusia melainkan pemburu nyawa yang berhati buas dan hauskan darah iaitu Rejim Zionis. Apakah cukup dengan mengutuk tindakan Israel atau sekadar mengikut naluri insan dengan harus berkata dan mengakui “…kami juga merasakan penderitaan mu rakyat Palestin…”. Semua tindakan yang dilakukan mungkin wajar tapi persoalannya apakah cukup hanya dengan bertindak sedemikian?Boleh dikatakan bahawa isu Palestin sebenarnya sekadar sejarah,yang mana hari ini dikenang besok lusa dilupakan dan pasti hal ini akan berterusan.Mereka yang prihatin giat mengumpulkan dana dan bantuan kemanusiaan demi membantu masyarakat Palestin, persoalannya adakah kita turut serta? Derma yang kita hulurkan, keperluan harian seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan yang kita berikan adakah ianya berfungsi untuk rakyat Palestin? Hakikatnya bantuan yang kita berikan seiring dengan beban dan penderitaan yang mereka lalui. Manakan tidak,tatkala kita menghulurkan bantuan kewangan buat mereka dengan nilai yang tidak seberapa tapi ikhlas, kita juga menggunakan produk yang menjana ekonomi Israel yang digunakan untuk membantai rakyat Palestin.Barang kegunaan harian yang kita gunakan seperti produk kebersihan, restoran makanan segera, kedai kopi moden yang menjadi tempat lepak remaja kini semuanya produk kelahiran Israel dan Zionis.Sebagai jawapannya barangkali dikatakan “ susah nak elak pasal barang mereka baik dan mudah diperoleh tambahan barang mereka banyak pilihan,sebuah alasan mudah yang hipokrit daripada berkorban untuk Palestin.Inilah realiti sebenar yang sering berlaku tanpa kita sedari, dan secara lumrahnya tidak akan kita sedari melainkan kita benar-benar menjauhkan diri daripada terlibat sebagai pembantu kejayaan rejim Zionis.Itulah bukti yang hati kita bersama Palestin namun keupayaan dan jiwa bertindak sebaliknya. Biar pun banyak tulisan dan karya orang-orang yang benar komited dalam membela Palestin namun tulisan tersebut tak ubah seperti cerita kosong yang tak akan diendahkan. Semakin hari korban mangsa kerakusan Zionis semakin meningkat,dan orang ramai masih tak berbuat apa. Seperti istilah yang sering kita dengar “Islam pd ic”(Islam pada nama), padahal anak-anak orang Islam di Negara ini rata-rata semuanya tahu akan persaudaraan sesama Islam. Tindakan protes masyarakat antarabangsa diremehkan,di persalahkan kerana kononnya ekstrim dan mengganggu ketenteraman awam. Tapi tindakan Zionis sejak bertahun-tahun lamanya dibenarkan atas alasan melindungi Negara dan rakyat Israel oleh Amerika dan sekutu-sekutu yang tidak mengiktiraf Palestin, tidak pula dilabelkan ekstrim dan mencabul keamanan. Hanya tinggal sedikit kekuatan yang komited dan bersungguh-sungguh dalam membela dan membantu Palestin. Iran dan Pergerakan Islam Hizbullah yang benar-benar bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela Palestin.Itupun tidak dipandang dan diperlekehkan segelintir masyarakat disebabkan perbezaan mazhab dan taksub kepada perbezaan bangsa.Dunia semakin jauh meninggalkan kita,persiapan untuk hari yang mendatang tak dihiraukan. Kalaulah tulisan yang tidak memiliki nilai apa-apa ini berjaya menyedarkan hati dan akal yang dibius doktrin dan propaganda barat, pasti tidak berlaku penindasan dan kezaliman keatas Palestin. Tapi apakan daya, seorang yang alim dizamannya pernah memberikan sebuah kata-kata yang tersirat erti perpaduan yang mana katanya “ Sekiranya semua muslim di dunia ini menyimbah sebaldi air ke tanah Israel” pasti tenggelam dan Palestin akan kembali menjadi milik Islam. Tahniah Iran, kami menghargaimu Hizbullah,kami bersamamu pembela-pembela Palestin Hamas, Jihad Islam dan Briged Al-Aqsa kami teguh dengan perjuanganmu, hingga Al-Quds kembali menjadi milik muslimin sedunia, Amin.
Salam sejahtera buat rumah-rumah rakyat Palestin yang dimusnahakan dan menjadi bukti kezaliman,
Salam sejahtera buat Negara subur yang digersangkan dan menjadi medan pertempuran,
Salam sejahtera buat para yatim dan janda kebingungan yang kemudiannya bangkit berjuang,
Salam sejahtera buat para Syuhada yang hidup disisi Tuhan mereka dan diberi rezeki,
Salam sejahtera buat mangsa kezaliman yang terluka dan pasti disembuhkan,
Salam sejahtera buat peristiwa yang menghidupkan jiwa-jiwa dan akal yang mati,
Salam sejahtera dari kami yang menanti janji Allah yang pasti.

No comments: